Wednesday, December 23, 2009

Alamak!

Hari ni pergi medical check up dekat Institut Sukan Negara. Abangku salah seorang doktor atlit kat situ...Jadi, prosesnya lebih cepat dan mudah. Kalau pergi hospital awam, mahu ambil masa 3 ke 4 jam menunggu giliran.

Bila sampai part timbang berat badan...jenjejeng...tekejut sangat..38kg jer??? biar betul.Ringan sangat...tak bagus untuk kesihatan.bmi pun dah lari. Tak sangka susut lagi berat badan. Padahal cuti di rumah ni makan dan tidur saja. Susah hati ke aku? hmmm..

Kalau sekarang dah 38kg,macam mana start kuliah nanti? dah tentu lagi susut.Hari-hari kena panjat tangga sampai tingkat 7. Takut badan tak larat. Hopefully, dapat supplement yg baguslah nanti. Untuk bantu supaya cergas. LLB nanti nak banyak pakai tenaga kesana kemari..

Hee...orang perempuan sangat ambil berat pasal berat badan mereka.Yang kurus mahu gemuk,yang gemuk pula, mahu kurus..Produk-produk untuk kurus or untuk gemuk dah banyak dijual kat luar sana.Macam-macam jenis jamu dan macam-macam syarikat. Tak salah mencuba semua tu, yang penting kena berhati-hati. However, I'm attracted dengan rancangan The Biggest Losser kat Hallmark channel. Itulah cara terbaik nak kuruskan badan. Pemakanan yang sihat dan senaman yang konsisten!

ops...I want to gain some weight. So, tak boleh join biggest losser la...Hmmm...buatla rancangan the biggest gainer ker..hehehuhu..merepek je malam2...chow!!!! :)))

Teringat zaman slalu mkn Jco dulu!! aarghh..nak Jco banyak2.biar berat cepat naek!!

3 comments:

  1. Senang ada abang doktor kan... kirim salam Dr. Jasmiza bila jumpa dia lagi ya.

    ReplyDelete
  2. kenal... kawan satu sekolah alam shah dulu... 5 tahun sama kelas dengan dia

    ReplyDelete