Sunday, May 15, 2011

Respect and Relax


Assalamualaikum. hye.

Respect and Relax. Sebenarnya, hari ni aku nak cakap pasal perangai manusia yang kadang-kadang sangat menyakiti hati aku dan juga sesiapa sahaje yang menjadi mangsa. Orang yang tak reti respect and relax. Malah, sifat diorang ni tak cool langsung....Takda sifat Nabi langsung iaitu: Penyabar... OK, meh nak cerita sikit.

Pernah tak korang ade pengalaman camni. Korang tengah beratur dengan sabarnya kat toll walaupun barisannya sangatlah panjang. Korang sabar menunggu turn korang nak bayar toll dengan harapan dapat sampai cepat ke rumah...Tibe2 datang sebuah kereta dari belakang and terhegeh-terhegeh-hegeh bagi signal (kononnya baik la tu) nak masuk line. Memang panasla hati time tue. Kalau orang tak bagi masuk line, die terus himpit kereta korang... Nak jugak potong line! eeee memang geram. Aku selalu kene camni...Nak je aku bukak tingkap ke, simbah asid ker. Orang-orang macam nila patut kene simbah asid wahai asid man. So, choose ur victim wisely ye acid man. hehe. menggalakkan jenayah plak dah. adush! -______-

Kadang-kadang, if bagi signal, aku bolehla nak consider lagi nak bagi potong line. Mungkin die terlepas pandang or whatsoever. .Tetapi rakan2, ade yang lagi non-educated dari mereka... Dahla signal tak bagi, dari jauh pecut and terus masuk line time orang tengah slow2 follow line. Aduh, betapa sakitnya jiwa mereka yang menjadi mangsa ketamakan orang lain. Selfish nya orang2 camni..Memang nak kene smackdown!!!


Jumaat lepas, ada jadi camni sekali. Tapi, pada orang depan aku la mangsanya..Tibe-tibe je kancil tu menyelit dengan takde signal nya. Nasib baik keta depan tu sempat emergency break....Ape lagi, memang orang depan aku tu honk!!!!!!! kuat-kuat. Padan muka dia. Aku geleng kepala je tgk dari belakang. Kalau aku ni power, dah lame aku keluar keta and tumbok muke driver tu. tak respect orang langsung. Nasib baik aku masih boleh relax and aku memang tak power mane pun..ngeee

Pernah sekali tu, jadi kat aku. Kete proton saga yang dipandu lelaki. Lelaki yang ade rupe. Tapi sayang, perangai sangat buruk. Malang betul awek yang duduk sebelah die tue. Camni citenye..Satu petang yang hening, die himpit kereta aku sebab sebok nak potong line. Aku pun buat bodoh jela, dan memang time aku takde belas kasihan sebab die memang selfish brat. Aku nak jugak move forward walau kereta die dah rapat dgn aku. Ada aku kesah. Lagi2 mood memang tengah tak baik time tu....

Then, mamat tu bengang la kononnya. Die bukak tingkap, and lambai tgnnye, dan aku boleh agak gerak mulut die cakap "silekan jalan...ha silelahhh ye jalan!!!".........."oooo, kau perli aku rupenye..."dalam hati aku berbisik...Aku pun buat2 senyum dan bagi signal tangan suruh die ke belakang..Mulut aku plak cakap..."ke belakang ye, SILA BERATUR!!"....em puas sangat hati aku. Aku pun jalanla dulu..mamat tadi masih bengang-bengang and tekan minyak kuat2 ala2 orang nak drift la konon...ingat aku takot?

Untuk menambahkan marah dihati die, aku saje je bagi laluan satu kereta yang nak kuar dari simpang. Lame aku berhenti kat situ, dengan niat nak bagi kereta tu kuar simpang. Then aku ketawa. Hahahaha....Macam syaiton sekejap aku gelak. Puas hati. padan muka mamat kat belakang tue. Biar die tahu, hanya orang yang berkelakuan sopan je akan dapat layanan sopan..Kalu bab2 kurang ajar nie, hati aku memang cepat panas. Kalau tak cukup belajar, meh kita pegi driving skool.

The moral of the story is, TOLONGLAH respect driver lain. TOLONGLAH juga relax. Jangan menggelabah di jalan raya. BERATUR....Bukan anda saje yang mahu cepat sampai ke destinasi. Orang lain pun sama kan? Hati-hati di jalan raya..Selamat berhujong minggu!!! :)

Thursday, May 12, 2011

Kreatif ker?

Assalamualaikum. Hai.:)

Huyeah, selesai menukar background dan macam2 kat blog aku ni. Sebelum ni nampak buruk sangat. Aku pulak malas nak buat apa2 kat blog nie. Balik keje je tido, tido je balik keje. Tapi hari ni setelah melantak dua pinggan nasi dengan rakusnye, (Aku puase hari ni, sebab tula makan banyak. Penay kot, hari ni drive lame giler dari ofis ke rumah sebab jam gile and hujan lak lebat. Jadi aku memang lapar giler mcm monster) ,aku bersemangat dan bertenaga untuk redecorate blog nie.

Nak cakap cantik tu, takla sangat. What say you? buruk tak design baru nie? huhu..Aku x berapa kreatif. tapi persoalan yang timbul sekarang ialah, gambo kat atas ni macam senget sket kan? puas aku belek2, tapi tak jumpa penyelesaiannya macam mana nak tengahkan gambar tu.. sape2 yang tahu, tolonla bagi taw eh. Kalo tak mesti korang cakap aku nie senget macam gambo tu jugak. Memang tak reti la.

Hmm Alang2 tu aku nak cerita pasal mangga. Korang penah tak mengidam nak makan mangge kecil2 yg masam sangat tue. Bf aku panggil 'mangga telor'. Orang terengganu plak panggil pauh. tak kirela ape pon yg dorg gelar mangga tu. yang penting mangga tu memang kesukaaaaan aku. Orang sebut je mangga tue, ake terasa air liur aku lebat kluar dan macam nak meleleh. pipi plak macam rase ngiluu jer. hehe. kalah orang mengidam. mane taknya, rase die memang masam dan mengecutkan. Arwah mak slalu cakap, "patutla kakak kecut jer, suke sgt mkn masam2!" hehehe..

Tadi, aku dapat pekena mangge tue. dah bertaun jugak aku mengidam. Papa bawak balik rumah, die cakap budak ofis die bagi. Aku pun apa lagi, lepas makan nasi dengan banyaknya, aku makan mangge tu dicicah garam..nyumm..amacam?? terliur tak? mesti air liur korang dah meleleh kan? pasni aku nak sambung lg makan mangge tue.huahuaaa.happy2! best giler layan mangge tue..

p/s: time to solat isya'. Bye2 :)


Wednesday, May 11, 2011

Not So Strong Little Girl

Yesterday, like I always do, I miss my mom so much.

I've been talking about my mom a lot previously right? oh i don't care if people are getting boring and don't wanna read this entry. I still wanna talk about my mom.

I imagined my mom was at home, cooking for me to 'buka puasa and waiting for me at home'. Oh how i miss her cook. She was the best chef ever! I remember how she would dress at home especially at the kitchen. "baju kelawar" and her apron. :) she loves cooking. She always cooked special dishes especially when her kids went back home to visit her. She'll prepare out favorite food. Oh mama, you were a perfect mother!

OK...

I realized that I have been hiding my feelings from everybody. I laugh out loud, I smile, I make stupid jokes...Well, I act like I'm happy and strong although my mom had just passed away. I act like nothing happened. My office mates also treated me like usual. I don't know what they think of me. But, I think they are happy to see me back to normal. Not like what I was 2 weeks ago..

The truth is, I'm tired of hiding my feelings. I'm tired of lying to the whole world that I'm FINE. At the end, I will burst into tears. At night, on my bed, before I sleep. I know, she would hear me. She'll be upset because I'm not strong enough to accept the fact that she's gone.

And then, the next morning, I'll wake up. Try to forget that I was crying last night. And be a happy person again!

Friday, May 6, 2011

Aku juga mahu..

"Selamat Hari Ibu!!!"

Penuh ucapan ni kat news feed facebook aku hari ini. Dekat ofis pulamasing-masing bercakap pasal nak sambut hari ibu...kecewa? sedih? terkilan? memang sinonim dgn keadaan aku yg baru ditinggalkan ibu dua minggu lalu. Aku tak salahkan mereka..mereka masih punya mak, dan saat inilah mereka nak menghargai mak mereka..bila mereka bercakap pasal hari ibu, aku diam dan cuba jauhkan diri sekejap..tak akan aku rosakkan kemeriahan hari ibu buat diorang...biarkan...

Aku ucapkan selamat hari ibu juga...pada baju2 mama..pada gambar2 mama..dan pada barang2 mama..yup, bila terpandang semua tu, memang terngiang-ngiang mama ada dalam rumah ni..Aku ucapkan hari ibu dalam doa aku lepas semayang..aku yakin, mama boleh dengar...Mama pasti seronok sebab kami tak pernah lupakan dia.

Terkenang pula waktu mama masih hidup..kami adik-beradik takkan terlepas sambut hari ibu..Kalau ada rezeki lebih, kami belikan hadiah atau kad ucapan... Ada satu masa dulu, aku tak berduit.Maklumlah, student lagi..Then, aku buat kad hari ibu special buat mama.Hand made tu...Aku terharu sebab mama masih simpan lagi kad tu sampai sekarang. Masih ada dalam bilik mama..Sungguh dia menghargai apa yg kami buat pada dia....I love you mama... :')

Dua tiga hari ni, aku sangat2 rindu pada mama. Asik terkenangkan mama..Hmm. tapi, there's nothing much I could do..She'll never come back right? Aku hanya boleh terus merindui dan mendoakan mama..Even though, sebenarnya aku sangat2 rindukan sentuhan, pelukan dan ciuman mama ku...Aku kangen sekali nak rasa semua tu...Kalaulah aku boleh peluk mama sekarang, aku akan peluk sampai pagi...

Tapi........ tak mungkinlah dapat.......

Sunday, May 1, 2011

Life Must Go On

4 hari...5 hari...6 hari....7 hari....8 hari....9 hari.....

Apakah?? everyday aku kira hari...kira berapa hari dah mama meninggalkan aku selamanya.. teruk? emosi? aku tak boleh berhenti buat macam tu...tak percaya..Kadang2 aku rasa mama masih ada...tengah berehat kat bilik. Psycho jugak kadang2..

Masih terngiang-ngiang kata2 kawan sekolah aku masa kenduri tahlil mama minggu lepas.."Hidup kene jugak teruskan macam biase" selambe die berkate..sentap sikit.. tapi, memang betul cakap die tue.Dah seminggu aku tak pergi keje.Aku rase tak boleh nak happy macam selalu bila sampai di ofis..Agak tertekan dan terasing..Teringat-ingat macam2 yg aku plan utk mama..isk.. Aku cuba sibuk2 kan diri, buat2 ketawa seolah2 aku dah ok, fine, chill, redha and relax. Tapi aku takut nak terlalu happy.Takut aku lupakan kesedihan aku.hmm? ntah apa2 je feelings aku nie.

Semalam besday adik aku yg kecik sekali..si ajim.yg ke 6 tahun. Sempena besday Ajim, aku ambil peluang tu untuk tabahkan hati, happy kan diri sendiri dan adik2 aku, Ajim dan Mawar. Takkan pulak aku nak sedih2 depan diorang kan. Macam tak best lak.. Then, aku drove to sunway pyramid bawak budak dua orang nie..

Niat dihati nak jalan2 je..tapi disebabkan sale hebat kat Padini, maka terpaksalah shopping sikit utk adik2 aku.Nasibla ade gaji..huhu. Ku belikan Mawar sebijik Ballet Shoes utk die pakai..Then kami makan2 di Gasoline. Chantik kedai makan nie. Ade curtain2 comel dan sexy sket. Em, nak upload gambar sketlah ;)


k.a.m.i



Dua ketol



Comot


Lepas makan2, aku belikan ajim sebijik kek Secret Recipe sempena besday nya.. Kami celebrate di rumah Along dekat sunway jugak. Seluruh ahli keluarga dtg menyambut. Wah, aku gembira sekejap dengan hari tue. Aku fikir, aku dah dapat go on with life slowly. mungkin. insyaAllah.

Tapi.......Dalam hati terdetik, pasti mama ada bersama kami sekarang, dan seronok tengok kami sekeluarga sambut besday Ajim. Haish..Seperti biasa dan dijangka.., aku takkan berhenti berfikir pasal mama. Lebih bahagia dengan adanya mama disisi aku, tapi, mama pasti lebih bahagia di sisi Allah s.w.t....kan? Amin ;)





Monday, April 25, 2011

Rindu

25 April 2011..

Hari ni genap 3 hari mama meninggalkan kami semua..Aku masih bersedih, sayu dan terkenang-kenang wajah arwah mama..sekali sekala terbayang-bayang arwah berjalan dalam rumah nie...sungguh aku x sangka, mama akan pergi secara tiba2..macam2 rancangan yang dibuat utk mama, x sempat aku tunaikan...

Aku percaya, roh arwah masih ada dalam rumah nie..bahkan, kata abg aku, malam kelmarin dia perasan mama balik ke rumah..semasa hayatnya, mama selalu akan bangun tengah malam untuk makan dan minum, sbb lepas solat isya' biasanya mama akan terus tertidur sbb mama sakit..jadi, selalulah terdgr mama membuka dan menutup tudung saji..tiap2 malam kami akan dgr, dan kdg2 akan bgn buatkan air untuk mama...

Tapi, malam kelmarin, abg aku terdengar bunyi tudung saji saji dibuka dan ditutup beberapa kali...dia rasa seram..dan tidur...kalaulah aku, aku akan keluar bilik dan bercakap dgn roh mama..yg aku rindukan dia...memang betul mama balik ke rumah!

Arwah mama sorang yg sgt baik..the best mum in the world bagi kami..cukup sempurna kasih syg mama pd kami...rezeki mama selalu murah..sampaila ke akhir hayatnya.Mama tak pernah membalas kalau orang aniaya..Mama sabar bila ditimpa ujian hebat daripada Tuhan.Sakit yg diberi adalah salah satu ujian paling hebat buat mama..tapi, aku percaya..sakit itulah yg membersihkan dosa2 mama..sehingga pada saat kematiannya, Allah pilih hari Jumaat, dan Allah kosongkan tubuhnya..sebersih-bersihnya..ringan tubuh arwah dan terpancar cahaya pada wajah arwah..Allahuakbar, sungguh hebat ganjaran Allah Taala buat mama..Memang betullah, ada hikmah disebalik ujian yg Allah berikan kepada mama selama lebih kurg 3 tahun..

Aku belek2 baju2 mama..aku bersihkan biliknya dan susun barang2 mama..Sewaktu mengemas, aku terjumpa kad ucapan hari ibu yang pernah aku bagi beberapa tahun dahulu..sebaknya rasa hati, mama masih simpan semua tue :') Lama aku berbaring di katil arwah selama tue..terasa arwah ada disitu...

Aku juga membelek kertas2 yg mama simpan..mama berkomunikasi dgn menulis, sbb sukar utk bercakap..lalu aku baca satu perbualan mama dengan mak cik aku yg dtg melawat mama pada hari isnin..aku tersentap sekejap dan merenung baris ayat mama..."sabarlah, aku berdikari tak menyusahkan org lain...sehari dua lagi, mana tahu aku dijemput ALLAH" Mama gariskan kata 'aku dijemput Allah' itu....aku termenung panjang..Mama dah tahu, die akan pergi,Allah akan jemput dia...MasyaAllah..sebelum nie, aku x terlintas utk masuk bilik mama dan baca semua nie..Alhamdulillah,mama tahu masanya dah tiba, tentu mama betul2 dah bersedia..Amin...

Aku kabarkan pada adik-beradikku yg lain psl hal nie..diorang semua terkejut..dan terdiam.Kalau kami tahu, dah tentu kami xkan sesaat pun berenggang dgn mama.. :'( tapi apda saat2 akhir mama di hospital, kami semua adik beradik sempat berada di sisi mama dan melayan mama...kecuali adik kecilku yg x dibenarkan masuk ke wad..dia x mengerti apa2...kesian azim....hmm..

Aku bersyukur..mama terlepas siksa kubur sbb meninggal pada hari yg mulia.Aku tak mahu mama sakit lagi.Aku mahu mama bersemadi dan tidur dgn tenang sekali.Mama dah lama menanggung kesakitan.Alhamdullillah, mama betul2 dapat berehat skrg..Dulu mama hari2 mengadu sakit.Aku hanya mampu sabarkan mama..Sekarang mama sayang boleh berehat :') Hari2 aku tatap gambar mama..Melepaskan rindu..tak puas rasanya bermanja dengan mama..rindu kasiih syg mama..tapi aku redha..Rindu Allah padanya lebih tinggi..

Terima kasih pada kawan2 dgn ucapan takziah yg mencurah-curah..Kalian lah pembakar semangat aku..At least, aku tahu, anda semua concern about me..terima kasih kawan2...Doakan mama dan sedekahkan al-fatihah ya...?

Banyak yg aku boleh ceritakan pasal mama..semuanya ada dalam hati aku..susah nak gambarkan dengan kata2...Kalian pasti fahamkan? sbb masing2 punya kisah mama mereka sendiri..Letih rasanya..terlalu byk rindukan mama..aku mahu berbaring sebentar..bye semua..assalamualaikum.....


Sunday, April 24, 2011

Yasin Untuk Mama

Innalillahi wainnailaihi rojiun.................

20 Apr 2011-
Aku bangun awal seperti biasa...bersiap untuk pergi ke pejabat.Lepas bersiap, aku keluar dari bilik..ternampak mama sedang duduk di meja makan..mama merenungku, lantas aku berikan senyuman dan berjalan ke arah mama..tangan mama ku salam cium..dan mengucup keapala mama...mama memberitahu bahawa pd pukul 8, mama akan ke hospital untuk buat pembedahan tiub makanan...yep, dan aku berkata, 'ok mama, nanti kakak datang melawat mama ya..insyaAllah, esok kakak cuba cuti dan jaga mama di hospital'.mama mengangguk bersetuju...dan aku terus berlalu dari situ....

Sesampai di pejabat, hatiku rasa gelisah...tak sedap hati, malah rasa ingin pulang dikala itu jugak..nak jenguk mama..dalam x sedar aku menangis,dan teringat..sejak aku bekerja, aku terase aku telah abaikan mama...tempat kerja yg jauh dr rumah membuatkan aku selalu jadi penat..kadang2, x sempat melayan mama di rumah...tiba2 hati terasa mahu mencari tmpt kerja yg lebih dekat dgn rumah..untuk menjaga mama....

Sebulan lepas, pernah aku minta dgn mama untuk keluar dari rumah, dan menyewa di sekitar pejabat..mama kata jangan..jangan tinggalkan mama dahulu..sabar..tunggu mama mati ya...hatiku tersentap sewaktu mama cakap begitu..lalu, aku lupakan hasratku..ntahlah, mungkin ada hikmahnya aku tabah berulang tiap hari, alhamdulillah niatku hanya untuk berada di sisi mama..sbb aku tahu, mama ingin menatapku wajahku setiap hari...lebih2 lagi dia tahu..hari akhir baginya bakal tiba..

Pukul 4 ptg, aku diberi keizinan dari bos untuk pergi melawat ibu...aku rushed ke hospital serdang..sampai di hospital, aku nmpk mama berbaring di wad 6B. aku menerpa mama, mencium tangan dan bertanya kabar..mama tak byk bercakap...dia hanya merenung mukaku..senyap, tidur..pembedahan tadi dah berjaya..lepas ni mama lebih mudah makan..dan takkan kelaparan lagi..ketumbuhan yang membesar di muka membuatkan mama sukar untuk mengunyah dan menelan...mama kemudiannya dipindahkan ke wat 1st class..wad 8B, katil no. 19..alhamdullillah lebih selesa...

Sempat lg aku bergurau dengan mama petang tu..tp mama x byk bercakap..mungkin mama penat selepas pembedahan, dan mengantuk selepas dibius...sebak lihat mama..mama nmpk tersangat lemah..tak pernah aku lihat mama selemah itu.biarpun saket yg amat, mama seorang yg tersangat tabah dan penyabar..x pernah sekali pun mama mengeluh...hmmm

Aku mengambil sebatang pen dan kertas..lalu menulis 'mama...mama sabar ya tau ma...' aku tahu, mama dalam kesakitan...mama hanya mengangguk dan memandangkan dgn penuh rasa syahdu....sempat aku lap kepala mama dengan tuala basah...

21 april 2011-
Aku terjaga seawal 6.30...terasa seperti x mahu pergi pejabat hari ni...aku x pula mohon cuti..tapi, ntah kerana apa, naluri kuat menyuruhku menjaga mama di hospital dan ponteng kerja...lalu, aku sms kepada ofismate mengatakan yg aku x masuk pejabat sbb mahu menjaga mama di hospital... yaa..memang tepat tindakan aku itu, aku bersyukur dgn tindakan aku itu...kerana hari itu, bakal menjadi hari terakhir aku berada disisi mama :'(

7.30 pagi-aku sampai di hospital...naik ke wad terus ke katil mama..aku terus menerpa mama, salam dan cium tangannya..mama yang tidur, terjaga..aku ambil tuala kecil, basahkan..dan bersihkan wajah mama..supaya lebih segar...mama mengadu sesak nafas..aku perasan seperti ada cecair dalam mulut dan tekak mama..mungkin dari ketumbuhan yg sgt besar tu..aduh, aku risau mama lemas, macam2 perkara buruk menerpa fikiranku..aku dudukkan mama dari baringan..berkali-kali mama keluarkan cecair itu dari mulutnye menggunakan tuala..

Ku gosok2 belakang badan mama..Ya Allah, sayu sungguh hati sewaktu tu..badan mama hanya tinggal kulit dan tulang sahaja...menitis air mataku..hebat sungguh ujian Allah Taala kepada bonda..sengsara bondaku,,, :'( Kulit mama menjadi kering..kusapu lotion ke belakang badan mama..agar lebih sejuk dan lembut terasa..kemudian aku baringkan mama..betulkan kedudukannya agar dia selesa...seperti biasa..mama hanya diam...

Saat itu, aku duduk disisi mama..mengadap dan memandang mukanya dengan sayu..ku usap2 rambut mama dan tangan kecil mama...mama tidur..tapi kdg2 dia membuka mata..dan memandang wajahku dengan renungan yg syahdu..mungkin mama tahu..selepas ini,dia x dpt lagi melihat anaknya ini....:'(

Selepas habis waktu melawat, aku pulang ke rumah..berehat sebentar...masih segar dlm ingatan...papa tanyakan pd aku...'kakak, pergi hospital ptg nie? papa akan pergi dlu, lepas tu terus pergi kerja'....aku yg sedang masak untuk malam menjawab..'x tahu lg..kalau sempat kakak pergi, sekarang dh ptg...' walaupun aku berkata begitu, ntah kenapa aku terasa yg aku mesti pergi hospital juga,,,dan aku mahu jumpa mama...

6.30 petang, aku tiba di hospital..mama tidur, tapi sesak nafasnya..sekali2, dia membetulkan tiub pernafasan di hidungnya..aku turut membantu....ku usap2 ubun2 mama..aku duduk disisi katil mama..lalu serg doktor masuk ke wad..dia bertanya...

"dik, ibu awk dah setuju mahu tebuk lubang pernafasan di leher?"

"sy x pasti doktor, tapi semalam, mama dah bincang dgn abg saya dan ayah, saya x pasti mama setuju atau x", aku menjawab..

"dik, memang ibu ni kena buat salut pernafasan..tumor ni dah terlalu besar..ibu susah bernafas, kalau x, oksigen xcukup..x sampai ke otak dan organ badan..nanti ibu boleh meninggal"kata doktor..

Aku tersentap mendengar perkataan meninggal..dalam hati aku berkata.."isk doktor ni, cubalah cakap benda lain.."

Aku diam..tunduk..lalu berkata "mungkin dah setuju,nanti sy tanya abg sy ye doktor.."

Doktor tersebut mahu ambil darah mama..mama menahan sakit dicucuk jarum di tangan kecilnye itu..hanya tinggal kulit dan tulang..."sakittt..." mama cakap...seingat aku, itulah berkataan terakhir yg aku dgr keluar dari mulut mama semahunya...aku tenangkan mama..."ma..tahan ya...sikit je lg..." mama diam menahan sakit....

Mama nampak sangat lemah...sepanjang sakit, x pernah aku lihat mama mengeluh..namun, hari itu, mama mengeluh..seperti mama sudah sgt penat dan x sanggup hadapi semuanya...aku berdoa..'ya Allah..cukuplah ya Allah..mama dah lama sakit ya Allah, kau hentikanlah semuanya..berikanlah keajaibanMu ya Allah.....' hatiku syahdu dan sgt sebab melihat mama yg seperti lgsg x bermaya...

sebelum pulang, aku salam cium tangan mama semahunya....aku berbisik ke telinga mama.."mama..kakak balik dlu ya..esok akak datang lagi jaga mama ya" mama merenung aku dgn sgt syahdu..senyap...hatiku rasa x sedap..berat mahu melangkah..tak tahu kenapa...kalau aku tahu, itulah kali terakhir aku bersama mama..xkan aku pergi..akan ku duduk disisi mama sepanjang malam...tp aku biarkan adik menjaga mama malam itu..

22 april 2011- jumaat..
Aku bangun pagi seperti biasa..6.30 pagi..bersiap-siap..aku fikir mahu pergi pejabat hari tu...dan berazam untuk menjaga mama dan tidur disana pada malam itu,sabtu dan ahad.. Sedang aku bersiap-siap, aku dpt panggilan dari adik...

Adik menangis..hatiku berdegup kencang, ya Allah kenapa nie?

"Adik,kenape menangis?????" aku terjerit..

"Mama....mama...,cepat datang hospital...." dengan suara tersekat adik menjawab.

"kenape dengan mama??? ckp dulu cepat mama kenapa????..aku berteriak!

"mama...mama dah meninggal...! " adik berjawab sambil mengongoi panjang...

"innalillahi wainna ilaihi rajiun.." aku menangis semahunya...menggigil badanku, aku x tahu mahu berbuat apa selain menangis..

"adik tggu! kakak datang sekarang!!!"...aku menjerit.

aku kejutkan abgku dan adik kecil yg sedang tidur..dan bergegas ke hospital..sepanjang perjalanan, kami menangis dgn hibanya....

sesampai di hospital, aku menerpa ke papa yg turut menangis dan membacakn yasin...aku lihat mama sudah diselubung dgn selimut...sedih yg amat..abg2 ku semua disisi dan menangis hiba..

mama yang kami sayangi dan sanjungi telah dijemput Allah s.w.t....pada hari Jumaat yg mulia...pada pukul 6.55 pagi..puncanya..mama mengalami kesukaran bernafas....kata adik, mama sempat mengosongkan perutnya sebelum pergi...mama pergi dgn badan yg bersih terpelihara....amin...

Mudah sungguh menguruskan jenazah mama...sewaktu memandikan jenazah..kukucup kaki mama..syurgaku itu...dan ku wudu'kan mama..tenang..sejuk wajah mama..alhamdullilah....aku terkilan...tapi jauh disudut hati, aku sedikit lega kerana mama boleh berehat pnjg..mama sudah lama derita.....


Mamaku sayang..lepas ni mama boleh berehat ya..takde sakit2 lagi...Mama amanlah di sana ya mama...Mama dah lama sakit..Mama dah penat sgt...Mama rehat serehatnya ya mama sayang..Selalulah mama datang melihat kami.....doa dan bacaan yasin takkan putus buat mama..mama jangan risau, kami akan jaga diri..kerana mama telah menjadikan kami insan yg baik....wahai mama yang melahirkanku...kaulah mama yang terbaik..ibuku dunia dan akhirat...Semoga kita berjumpa di akhirat kelak...semoga mama dimasukkan ke Syurga Allah..dan disanalah kita bakal bertemu nanti mama...Mama berehat ya mama sayang...I love u, always.....

Yang menyayangimu..Kakak..