4 hari...5 hari...6 hari....7 hari....8 hari....9 hari.....
Apakah?? everyday aku kira hari...kira berapa hari dah mama meninggalkan aku selamanya.. teruk? emosi? aku tak boleh berhenti buat macam tu...tak percaya..Kadang2 aku rasa mama masih ada...tengah berehat kat bilik. Psycho jugak kadang2..
Masih terngiang-ngiang kata2 kawan sekolah aku masa kenduri tahlil mama minggu lepas.."Hidup kene jugak teruskan macam biase" selambe die berkate..sentap sikit.. tapi, memang betul cakap die tue.Dah seminggu aku tak pergi keje.Aku rase tak boleh nak happy macam selalu bila sampai di ofis..Agak tertekan dan terasing..Teringat-ingat macam2 yg aku plan utk mama..isk.. Aku cuba sibuk2 kan diri, buat2 ketawa seolah2 aku dah ok, fine, chill, redha and relax. Tapi aku takut nak terlalu happy.Takut aku lupakan kesedihan aku.hmm? ntah apa2 je feelings aku nie.
Semalam besday adik aku yg kecik sekali..si ajim.yg ke 6 tahun. Sempena besday Ajim, aku ambil peluang tu untuk tabahkan hati, happy kan diri sendiri dan adik2 aku, Ajim dan Mawar. Takkan pulak aku nak sedih2 depan diorang kan. Macam tak best lak.. Then, aku drove to sunway pyramid bawak budak dua orang nie..
Niat dihati nak jalan2 je..tapi disebabkan sale hebat kat Padini, maka terpaksalah shopping sikit utk adik2 aku.Nasibla ade gaji..huhu. Ku belikan Mawar sebijik Ballet Shoes utk die pakai..Then kami makan2 di Gasoline. Chantik kedai makan nie. Ade curtain2 comel dan sexy sket. Em, nak upload gambar sketlah ;)

k.a.m.i

Dua ketol

Comot
Lepas makan2, aku belikan ajim sebijik kek Secret Recipe sempena besday nya.. Kami celebrate di rumah Along dekat sunway jugak. Seluruh ahli keluarga dtg menyambut. Wah, aku gembira sekejap dengan hari tue. Aku fikir, aku dah dapat go on with life slowly. mungkin. insyaAllah.
Tapi.......Dalam hati terdetik, pasti mama ada bersama kami sekarang, dan seronok tengok kami sekeluarga sambut besday Ajim. Haish..Seperti biasa dan dijangka.., aku takkan berhenti berfikir pasal mama. Lebih bahagia dengan adanya mama disisi aku, tapi, mama pasti lebih bahagia di sisi Allah s.w.t....kan? Amin ;)
No comments:
Post a Comment